Knowledgebase
UsahaNiaga.com > Khidmat Pelanggan > Knowledgebase

Script Affiliate Bermasalah!

Solution Nota: F.A.Q ini adalah untuk pengguna script sistem affiliate lite ataupun dari Pakej Web Jualan V2, Evolusi.

Antara soalan yang popular yang sering dikirimkan adalah:

1. Saya dah pasang sistem affiliate tapi sistem tak hasilkan komisyen. Adakah ini bermasalah dengan script anda?

2. Kenapa link affiliate tak track komisyen dan klik? Saya dah ikut langkah - langkah yang diberikan.

3. Kenapa database connection error? Saya tak dapat install!

Jawapan:

Pertama sekali, "Script Affiliate TIDAK Bermasalah". Script ini telah dicuba dan digunakan lebih daripada 500 orang dengan baik. Yang menjadi masalahnya adalah penetapan / konfigurasi yang anda lakukan.

Penting sekali anda menyemak 3 perkara utama ini:

1. Adakah database anda telah ditetapkan dengan betul pada fail konfigurasi? Semak tutorial pembinaan database.

2. Adakah anda telah menetapkan fail penghasil komisyen dengan betul menerusi borang ataupun lain - lain pemprosesan pembayaran?

3. Sudahkah anda meletakkan "tracking code" pada halaman utama (landing page) link affiliate?

Semak kembali tutorial yang anda miliki. Semuanya telah diterangkan. Jangan "skip" langkah - langkah yang diberikan.

Script yang kami edar telah diuji dan berfungsi. Jadi permasalahan yang timbul selalunya (99%) berpunca daripada kesilapan pengguna melakukan "setting" terhadap script tersebut..

Nota:

Sesetengah masalah juga boleh berpunca daripada pihak hosting yang anda gunakan. Jadi semak dengan pihak hosting anda juga jika terdapat apa - apa script yang dipasang tidak berfungsi.

Nota2: Jika anda menggunakan perisian kompozer atau NVU untuk memasukkan tracking code affiliate PHP, sila semak kembali fail tersebut dengan NOTEPAD atau PSPAD untuk memastikan code tracking tersebut benar - benar berada di dalam halaman utama anda iaitu dibahagian PALING ATAS code file web anda.

Rujukan Tambahan:
Anda mungkin mahu melihat maklumat ini:
http://support.usahaniaga.com/knowledgebase.php?article=14


DISCLAIMER: Memandangkan teknologi maklumat berkembang pesat hari demi hari, maka perubahan demi perubahan akan sering berlaku untuk setiap "programming" dan juga server yang digunakan. Script hari ini tidak dijamin dapat berfungsi pada masa hadapan kecuali ada pembangunan(kemaskini) yang dilakukan. Harap Maklum.
 
Was this article helpful? yes / no
Article details
Article ID: 11
Category: SistemAffiliate.com
Date added: 2009-04-17 15:27:05
Views: 627
Rating (Votes): Article rated 3.5/5.0 (26)

 
<< Go back

Powered by Help Desk Software HESK™