Knowledgebase
UsahaNiaga.com > Khidmat Pelanggan > Knowledgebase

Adakah server menyokong script autoresponder ini?

Solution Secara jujurnya, rata - rata penyedia hosting SHARED tidak menggemari script berkonsepkan "mailing" dipasang.

Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan server VPS (Virtual Private Server) atau Dedicated Server untuk tujuan ini.

Walaubagaimanapun, script autoresponder parabots yang dinyatakan di dalam Panduan Sistem Autoresponder mempunyai fungsi had penghantaran email yang boleh anda tetapkan berdasar syarat yang dikenakan oleh pihak penyedia server.

Sebagai contoh, jika server SHARED di hostgator, mereka hanya membenarkan penghantaran email semaksimum 500 email sahaja dalam tempoh 1 jam. Ini bererti jika anda menghantar lebih daripada 500 email dalam tempoh 1 jam, akaun anda mungkin akan disekat/gantung kerana mengganggu perjalanan server mereka.

Jadi, fungsi had penghantaran di dalam sistem autoresponder parabots, dapat menyelesaikan masalah ini.

Anda boleh menetapkan penghantaran 1 email untuk setiap 10 saat. Ini menjadikan dalam tempoh 1 jam, hanya 360 email dikirimkan. Jadi, anda tidak akan melanggar syarat dan terma penggunaan hosting anda.

Dapatkan maklumat jumlah limit penghantaran email ini daripada pihak penyedia hosting anda.

Ciri - ciri server yang diperlukan adalah:

- Menyokong PHP
- Menyokong Cron Job
- Menyokong MySQL Database


Kami menyarankan, apabila list anda sudah mencecah 500, segeralah berpindah ke sistem autoresponder yang lebih professional seperti getresponse.com atau aweber.com
 
Was this article helpful? yes / no
Article details
Article ID: 16
Category: SistemAutoresponder.com
Date added: 2009-11-14 05:52:55
Views: 184
Rating (Votes): Article rated 3.2/5.0 (9)

 
<< Go back

Powered by Help Desk Software HESK™